Wednesday 1 July 2009

Jawapan kepada skeptik

A writer for a local online tabloid questioned some of the veracity of the information transmitted to us via the latest historical document Transformers: Revenge of The Fallen. I sought out the aforementioned article and replied to it. The following is his review in purple (evil decepticon!) and my reply in red (warm, fuzzy autobot) for your reading pleasure.

Kami tahu mungkin ada yang tidak bersetuju, terutama’nya mereka, dan mereka yang taksub dengan CGI melampau-lampau. Namun, tidak salah’nya bagi kami untuk mengeluar’kan 5 persoalan yang paling kami ingin’kan jawapan’nya.

1. Dalam babak peperangan besar-besaran di’tengah kota Los Angeles — maafkan kami, Mission City — sepatut’nya ia di’saksikan oleh ribuan penduduk, sekurang-kurang’nya. Namun, agak pelik juga apabila kerajaan US mampu menutup keseluruhan cerita peperangan tersebut, dan yang paling kami tidak boleh tahan, kewujudan alien robot hanya’lah merupakan khabar angin di’ internet? Fikir logik, macam mana mereka buat? Bayar semua orang yang berada di’sana untuk menutup mulut, serta membelanja’kan jutaan dollar untuk baiki segala kerosakan, macam tu?

2. Kalau di’ikutkan, terdapat 2 keping Allspark yang tinggal: satu berada di’dalam kawalan ketat tentera, manakala satu lagi di’jumpai oleh Sam. Decepticons mencuri Allspark untuk membawa kembali Megatron. Tetapi, bila Sam ingin menghidup’kan kembali Optimus, dia perlu mencari kunci Matrix of Leadership di kawasan padang pasir. Kenapa tidak guna’kan sahaja Allspark yang lagi satu? Allspark itu sememang’nya berada dalam begpack Mikaela sepanjang masa. Andai kata Allspark berkenaan boleh membuat’kan barangan dapur Sam hidup, kenapa tak boleh lakukan perkara yang sama terhadap Optimus? Hebat sangat ke Optimus ini?

3. Bercakap mengenai kelahiran semula Megatron, tatkala Decepticons turun ke laut dalam untuk menghidupkan’nya, pihak tentera laut dapat mengesan 5 robot melalui sistem radar mereka. Kalau di’ingatkan kembali, Decepticons menghancurkan sebuah robot kecil untuk membina semula Megatron. Tapi yang pelik’nya, apabila mereka naik semula ke permukaan air, pihak tentera yang sama dapat mengesan 6 robot. Pelik juga, bukan ke patut 5 sahaja?

4. Sam tiba-tiba mati & pergi ke syurga robot..Erk, robot pun ada syurga ke?

5. Bumblebee masih tidak boleh bercakap dalam filem ini. Dari apa yang kami masih ingat, rasa’nya kotak suara Bumblebee sudah di’baiki dalam filem yang lepas.

sumber: dipetik dpd sebuah akhbar tabloid online

Terima kasih kepada Tuan Super kerana sudi membawa perkara ini kepada perhatian kami. Sebagai salah seorang ahli kajirobot yang tersohor di donia ini, izinkan saya menjawab segala persoalan tuan penulis artikel daripada sebuah akhbar tabloid online ini.

1. Bukan segala-galanya dapat ditutup oleh kerajaan Amerika, kerana masih ada video-video mengenai kewujudan Peneransform yang muncul di internet. Kebanyakan penduduk Mission City yang menyaksikan kejadian tragik tempoh hari sudahpun diproses Unit Khas MIB yang diketuai Ketua Turus J manakala bakinya diproses oleh Dr Phil.

2. Megatron tidak meninggal dunia sepertimana Optimus Prime meninggal. Ini adalah kerana Megatron mengalami kelebihbebanan sengsara akibat penggabungan SemuaPercik dengan dirinya. Maka, ia hanya memerlukan serpihan kecil SemuaPercik untuk mengatastaliankannya kembali. Manakala, Optimus Prime meninggal secara klinikal apabila urat merihnya diputuskan Megatron. Barangan dapur Sam dihidupkan secara rambang, tetapi asal percikan utama adalah jahat, kerana tidak disertai pengaturcaraan moral yang terkandung dalam Kunci Matrix tersebut. Risiko Optimus dihidupkan kembali dengan peribadi mazmumah terlalu besar buat Sam. Maka, beliau lebih rela mendapatkan kunci tersebut.

3. Walaupun robot keenam itu diarahkan dibunuh oleh Tuan Doktor, namun percikannya masih wujud, hanya tubuhnya sahaja yang sudah dirakusi robot-robot lain untuk dipakaikan pada Megatron.

4. Ada.

5. Benar kotak suaranya sudah dibaiki oleh Ratchet 2 tahun lepas, namun, disebabkan pihak kerajaan terus menubuhkan NEST dan Bumblebee lebih rela menetap bersama Sam, beliau tidak mendapat rawatan susulan. Beliau juga culas dalam mengambil siri ubat yang diberikan oleh Ratchet, menyebabkan suaranya kembali garau dan akhirnya rosak kembali.

Whiskers pintal misai.

1 comment: